Wednesday, December 1, 2010

Melawat Nadia di Tawakal - 01.12.2010

Petang tadi selepas solat Asar Syah ke KLCC nak jumpa member tu tapi sampai jam 18:30hrs dia tak cal-calpun dan Syah assume tak jadilah tu. Malas nak call dia ............ dan kebetulan Muss call dan inform hendak melawat Nadia di Tawakal. Muss minta Syah tungg di LRT Ampang Park dikawasan Citibank. Dari KLCC Syah jalan kaki ke Ampang Park dan malas nak naik LRT kerana bertembung dengan orang balik kerja ... leceh.

Dari Kiri, Muss, Nadia dan CD @ Wad Carnation, Bilik 531, Aras 8, Hospital Pakar Tawakal

Sampai Tawakal, Nadia sedang Mamam dan inform Mak Dia, Kak Ngah Faziah sudah balik. Nadia masuk hospital kerana mengadu saki kepala dan ada kesan bengkak di kepala. Doktor inform migrain. Minggu depan Nadia sudah mula masuk kelas semula. Lepas sembang-sembang we all ajak Nadia dan dua orang kawan dia dinner di Restoran Haslam. Hari ini Muss dan Cd belanja. Macam-macam we all makan dan Semuanya RM 65.30. Ok Nadia semuga cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat. Sekarang jam 22:54hrs dan rasa mengantuk dan letih. Jumpa lagi yek?

No comments: