Tuesday, December 7, 2010

Menzirahi Kota dan Makam Touhid - 05.12.2010

Dari Makam Tun Habab kami bertolak ke Kota dan Makam Touhid. Mulanya Syah tak hendak kesini tetapi Muss dan Cd kata jom ke tempat ini kerana ternampak papan tanda mengenai Makam ini. Syah ikutkan sahaja kerana mereka tahu itu minat Syah. Actually sebenarnya kami tak jumpa tempat nie dan Syah kata kalau tak jumpa balik sahaja lah dan Muss pusing -pusing semula dan terjumpa kawasan ini. Kawasan ini Syah rasa macam lain sedikit kerana tanahnya agak berbau sedikit mungkin kesan takungan air semasa hujan. Tapi Syah masuk juga ke Kota dan Makam Touhid ini manaka Cd dan Muss menunggu dalam kereta. Seperti biasa Syah hadiahkan Al-Fatihan kepada Almarhum dan Almarhumah di makam ini.

Setelah melihat kawasan sekeliling Syah memasuki satu kawasan seperti kota dan iannya kecil sahaja dan ada beberapa makam didalamnya. Di sinilah nak dijadikan cerita sesuatu berlaku pada Syah. Semasa berjalan Syah tak terlanggar hujung bumbung atap makam sebelah kanan pandangan anda. Bila kepala Syah terhantuk, Syah terus jatuh terduduk ke tanah dan kadangkala rasa seperti ada orang menolak Syah. Semasa menulis entry ini meremang sedikit bola roma Syah tak tahu kenapa pula? Tiba-tiba Syah rasa macam malu sangat takut orang nampak. Walau bagaimanapun Syah teruskan juga ziarah Syah di Makam ini. Selepas Syah masuk kereta Syah inform mengenai Syah jatuh tadi dan Muss & Cd kata tak nampak pun mungkin masa kejadian mereka sedang bersembang kata Cd. Selepas tu Muss kata ada Makam Tun Teja kat belakang tu dan bila Syah tengok nampak ada beberapa Batu Nesan Aceh diluar Makam berhampiran rumah penduduk dan Sya tidak boleh masuk kerana ada lalang dan dipagar. Ada sebuah rumah tu Syah tengo ditulis Tun Teja, mungkin Muss ingat itu Makam Tun Teja. Muss....Muss..... Heheheeh

Kota Touhid ini merupakan Ibu Negeri Johor Ke-8 yang terletak di Tanah Besar Johor. Kota ini menjadi Ibu Negeri sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1637 semasa pemerintah Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677) dan semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1699 - 1718). Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil III, baginda mempunyai hubungan yang rapat dengan Belanda. Baginda membina kota ini daripada batu-batu yang diperkenalkan oleh Belanda pada masa itu. Pada tahun 1642 Ibu Negeri ditukarkan ke Pasir Raja kerana kawasan ini dilanda wabak penyakit. Kota ini dijadikan sebagai Ibu Negri buat kali kedua semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah. Kota ini ditinggalkan sekali lagi buat kali kedua apabila Ibu Negeri berpindah ke Pancor. Kawasan kubu ini kemudiannya dijadikan sebagai Tanah Perkuburan Pembesar-Pembesar Johor. Apabila dijadikan tanah perkuburan, ianya telah memberikan kekeliruan tentang asal usul kota ini dan namanya kemudian dikenali sebagai Kota Makam Touhid.

No comments: