Friday, December 17, 2010

Pengiran Jefri Kalah Kes Saman - 17.12.2010

Thomas dan Faith kelihatan gembira selepas Mahkamah di New York membuat keputusan berhubung kes saman Pengiran jefri terhadap mereka. - Gambar dari Kosmo

Kes Saman Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah atau lebih dikenali sebagai Pengiran Jefri terhadap bekas penasihat kewangan beliau yang didakwa mencuri lebih USD7 juta daripada beliau melalui berbagai bentuk penipuan mengundang padah pada adinda Sultan Brunei ini. Pasangan peguam jenayah terkenal dari London, Thomas Derbyshire (43) dan Faith Zaman (34) memenangi kes yang dibicarakan di New York ini apabila juri berpihak kepada mereka pada 15.12.2010. Implikasi daripada kekalahan ini menyebabkan Pengiran Jefri terpaksa membayar USD21.10 juta bersamaan RM66.14 juta kepada pasangan tersebut di mana Thomas memperolehi USD10.1 juta (RM31.66juta) manakala isterinya USD11 juta (RM34.5 juta).

Pihak juri mendapati pasangan berkenaan tidak melakukan apa-apa kesalahan malahan Pengiran Jufri pula yang berhutang sebanyak USD 10.10 juta dalam bentuk yuran perkhidmatan kepada mereka. Pihak juri juga telah memberikan award kepada pasangan ini sebagai ganti rugi berjumlah USD11 juta selepas mendapati perjanjian pekerjaan antara pasangan berkenaan dan Pengiran Jefri adalah sah dan perlu dihormati.

Thomas dan Faith dalam saman balas terhadap Pengiran Jefri memaklumkan bahawa Pengiran Jefri tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada mereka dan telah diberikan kebebasan untuk melakukan apa yang perlu dilaksanakan. Pada 2006 Pengiran Jefri melantik mereka untuk membantunya mengelak daripada menyerahkan sebahagian daripada asetnya kepada kerajaan Brunei.

Faith dalam kenyataannya memaklumkan :-

Bagi kami ini adalah justifikasi yang besar buat orang biasa seperti kami. Kami bukan individu seperti Putera Jefri.

Manakala para pegawai dari New York Palace Hotel yang dimiliki oleh Pengiran Jefri kecewa dengan keputusan Mahkamah dan mereka menyatakan keyakinan bahawa daripada bukti yang ada hotel itu menjadi mangsa penipuan pasangan Thomas dan Faith.
  • Entry Syah berhubung kes saman Pengiran Jefri sebelum ini :-

No comments: