Sunday, December 12, 2010

Raja Muda Perlis Rasmi Promosi Masakan Perlis di Australia - 12.12.2010

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan rombongan yang masih berada di Australia dalam rangka lawatan kerja Jelajah Ilmu VI Universiti Malaysia Perlis (UniMap) selama seminggu yang bermula pada 09.12.2010 lepas telah berkenaan merasmikan Promosi Masakan Perlis pada 11.12.2010. Dalam titahnya, baginda memaklumkan bahawa Perlis merupakan sebuah negeri yang mempunyai tarikan pelancungan dan keenakan makanannya boleh dijadikan daya tarikan kepada pelancung untuk berkunjung ke Perlis disamping mendekatkan lagi Australia Selatan dengan Perlis. Sebanyak 7 jenis masakan dipromosikan dalam pelancaran ini oleh Penang Malaysian Chinese Restaurant, Adelaide Mall Shopping Center diantarannya Nasi Goreng, Bihun Goreng, Nasi Ayam, Roti Canai, Sate Ayam, Rendang Daging dan Telur Goreng Berbawang. Promosi dijalankan selama dua minggu dan jika ianya mendapat sambutan menu berkenaan akan disenaraikan dalam hidangan restoran tersebut. Sempena promosi ini, satu persembahan kebudayaan Perlis termasuk tarian Canggung telah diadakan di Adelaide Mall Shopping Center dan para hadirin telah dijemput mencuba tarian ini. Raja Muda Perlis dan rombongan Jelajah Ilmu VI UniMap juga telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia di Australia Selatan disamping mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pelajaran Australia Selatan, Jay Weatherill.

No comments: