Friday, December 10, 2010

Sultan Selangor Rasmi Masjid Teluk Gong - 10.12.2010

Hari ini Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj akan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Nelayan, Teluk Gong, Pelabuhan Kelang. DYMM Tuanku Sultan juga akan merasmikan Masjid berkenaan. Kepada anda yang berada di kawasan Pelabuhan Kelang marilah kita bersama-sama mengerjakan solat Jumaat bersama-sama DYMM Tuanku Sultan Selangor yang amat kita kasihi.

Masjid ini dibina pada 2006 bagi menggantikan surau sediada untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah terutamannya untuk Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri serta Aidiladha. Kos pembinaan masjid berjumlah RM3.8 Juta ini boleh menampung seramai 1,800 jemaah dalam satu masa.

No comments: