Thursday, December 16, 2010

Tengku Iskandar Beri Anugerah ? - 16.12.2010

Adakah ini merupakan satu kemelut baru yang melanda Istana Kelantan ? Hanya mereka yang berada didalam lingkungan Istana Kelantan sahaja yang tahu jawapannya dan Syah tak boleh memberi sebarang komentar. Ada salah seorang kerabat diraja Kelantan memaklumkan kepada Syah berhubung ada sesorang didalam lingkungan istana menganggap dirinya sebagai Sultan Kelantan tetapi Syah ingatkan itu satu gurauan sahaja.

Hari ini Syah terbaca diakhbar bahawa Persatuan Kerabat D'Raja DYMM Long Yunus mendakwa bahawa darjah dan bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato' kepada 28 individu yang dianugerahkan oleh Tengku Iskandar Almarhum Tengku Ahmad Tengku Panglima Raja sebagai Yang di-Pertua Persatuan adalah sah. Mengikut kenyataan Setiausaha Majlis Perajaan Kerabat D'raja DYMM Long Yunus, Dr. Mohamad Agus Mohd Nor memaklumkan bahawa gelaran Dato' Seri dan Dato' yang dianugerahkan adalah diiktiraf oleh kerajaan dan boleh diguna pakai dalam segala urusan rasmi. Tambah beliau penganugerahan ini tidak menyalahi undang-undang kerana iannya diberi dalam lingkungan ahli-ahli persatuan yang berada diseluruh negara.

Semalam 15.12.2010, Tengku Iskandar telah menganugerahkan darjah dan bintang kebesaran dalam satu majlis yang diadakan dikediaman beliau di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan sempena ulang tahun pertama Persatuan Kerabat D'raja DYMM Long Yunus dan hari keputeran Tengku Iskandar Almarhum Tengku Ahmad.

Diantara darjah dan bintang kebesaran yang dianugerahkan semalam adalah :-

  • Darjah Kerabat (D.K.) DYMM Long Yunus :- 3 orang penerima
  • Dato Seri Paduka Diraja DYMM Long Yunus (DSPD) :-2 orang penerima
  • Dato Seri D'Raja (DSDJ) :- 8 orang penerima
  • Dato' D'Raja (DDR) :- 18 orang penerima
  • Ahli D'Raja ( A D'raja) :- 105 orang penerima

Dalam buku istiadat majlis yang dikeluarkan pada majlis berkenaan menggambarkan bahawa Tengku Iskandar merupakan pewaris sebenar yang berhak menuntut tahta kerjaan Kelantan dari susurgalur Long Yunus ibni Sultan Sulaiman diantara 1766 hingga 1995. Tengku Iskandar merupakan anakanda kepada Almarhum Tengku Ahmad atau Tengku Long Ahmad ibni Tengku Long Ghafar, Tengku Panglima Raja. Almarhum merupakan individu yang memahkotakan Mantan Sultan Kelantan DYMM Sultan Ismail Petra sebagai Al-Sultan Kelantan. Almarhum juga merupakan ayahanda kepada dua orang Sultanah Johor iaitu Sultanah Nora Ismail dan Sultanah Hajah Zahanariah.

Istana Kelantan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

2 comments:

Radin87 said...

Sebenarnya saya dah perasan lama jugak tentang tengku iskandar ni. kalau tak silap, dia ada blog (tapi tak aktif). biasalah, sekarang ni ramai orang nak mengaku jadi sultan.

hambali said...

sepatutnya tengku iskandar perlu menghormati undang-undang tubuh kerajaan negeri kelantan. tindakan tersebut boleh memberi kesan tidak baik kepada imej istana kelantan. rakyat mampu menilai apa yang berlaku.