Wednesday, December 8, 2010

Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010M - 08.12.2010

Tahniah kepada Gabenor Bank Negara, Y. Bhg Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang telah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010M. Dengan penganugerahan ini telah meletakkan beliau sebagai wanita pertama menerima anugerah ini semenjak iannya diperkenalkan 24 tahun yang lalu. Ibu kepada dua orang cahayamata ini dilahirkan 63 tahun yang lalu dan merupakan anak tungal kepada Prof. Diraja Unku Aziz (Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid) dari keluarga Diraja Johor.

Sebenarnya Dr Zeti tidak menyangka dia akan menerima pengiktirafan ini dan mengangapnya sebagai satu penghormatan kepada beliau dan secara tidak langsung memberikan lebih motivasi untuk beliau berbakti kepada bangsa dan negara. Dr Zeti memulakan kerjayanya sebagai Penyelidik Ekonomi di Pusat Penyelidikan dan pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara pada 1979 selepas menamatkan PHDnya di Universiti Pennslyvania, USA. Pada 1985 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengurus Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 01 Mei 2000 beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Antara sumbangan beliau adalah mengilhamkan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Islam Malaysia (MIFC) pada tahun 2006 disamping mendapat pengiktirafan sebagai wanita paling berkuasa dalam kewangan oleh Majalah Global Finance pada tahun2000.



Dr Zeti :-
Saya Yakin wanita lain pun boleh mencapai tahap ini jika mereka terus berusaha tetapi mereka perlu sentiasa meneroka bidang masing-masing dengan meningkatkan pengetahuan, khususnya menerusi pembacaan.

Anugerah disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin dalam satu majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC dengan tema 1 Malaysia I Ummah pada 07 Disember 2010. Turut serta bersama Dr. Zeti adalah ayahandanya Prof. Diraja Ungku Aziz yang juga merupakan penerima Anugerh Tokoh Maal Hijrah 1418H/1997.

No comments: