Monday, January 10, 2011

Menteri Besar Selangor dan ADUN Sri Muda didesak Letak Jawatan

10.01.2011, Isnin - Semalam 09.01.2011, seramai 300 orang penduduk Kampung Jalan Kebun, Kelang mengadakan satu demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie yang menghina dan memutar belitkan Titah DYMM Sultan Selangor. Kedua-dua mereka didesak meletakkan jawatan dan memohon maaf secara terbuka kepada DYMM Sultan Selangor.

Shuhaimi didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap DYMM Sultan Selangor. Suhaimi dalam laman blognya memaklumkan bahawa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya adalah dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. YAB Menteri Besar selangor pula didakwa telah memutarbelitkan titah ucapan DYMM Sultan Selangor. Demonstrasi ini dimulakan dengan laungan DAULAT TUANKU diikuti dengan nyanyian lagu SELAMAT TUANKU. Mereka kemudiannya membakar poster Shuhaimi bagi mengambarkan protes mereka atas apa yang berlaku.

Timbalan Ketua UMNO Kota Raja, Kamal Arifin Kaiman yang turut serta dalam demonstrasi ini memaklumkan bahawa mereka akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan akan mengadakan demotrasi secara berterusan bagi mendesak Menteri Besar selangor dan ADUN Sri Muda itu meletak jawatan.

No comments: