Monday, January 3, 2011

Pengiran Muda Mahkota dapat Seorang Puteri - 03.12.2010

Imej YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pada 29.10.2010 sewaktu menghadiri Konsert Toyota Classics di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan atas titah perintah Sultan Brunei memaklumkan bahawa Isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah telah selamat melahirkan seorang Puteri pada hari Ahad 02.01.2011 jam 22:47hrs. YTM PAIPA Sarah melahirkan puterinya di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Kelahiran ini disambut dengan tembakan 19 das meriam dihadapan Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Pasangan diraja ini berkahwin pada 09.09.2004 dan 3 tahun kemudian mereka dikurniakan seorang Putera pada 17.03.2007. Kelahiran Pengiran Muda Abdul Muntaqim disambut dengan 19 das tembakan meriam sebagai tanda kelahiran waris Sultan Brunei yang juga merupakan pewaris tahta. Dengan kelahiran ini baginda berdua telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata. Tahniah Syah ucapkan kepada baginda berdua semuga dikurniakan anak-anak yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

No comments: