Sunday, January 23, 2011

Resipi Ayam Masak Kari Pekat

23.01.2010, Ahad - Hari ini Syah masak untuk warga KL Residence Syah Ayam Masak Kari Pekat. Disebabkan Syah sedang berdiet Syah tak makanpun menu ini cuma masakkan sahaja. masaknya macam masak kari biasa cuma ada kelainan sedikit dalam bahan-bahannya. So jom Syah hendak berkongsi resipi nie dengan anda semua dan anda semua boleh cuba jika berminat. Family Syah kalau masak ayam style nie biasanya dimakan dengan pulut kuning dan rasanya ala-ala rendang sebab kita letak daun kunyit tetapi bagi generasi baru mereka makan dengan nasi putih atau cicah dengan rotipun sedap tak kira roti bengali ker atau roti perancis.

Syah kalau masak tak tentukan sukatan dan agak-agak sahaja kuantiti bahan-bahannya. Apa lagi Yope ............. Jom kita masak :-

Bahan-Bahanya
  • Ayam dipotong mengikut kesukaan anda
  • Kunyit
  • Garam
  • Serebuk Perasa
  • Rempah Kari Daging Babas
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Daun Kari
  • Daun Kunyit
  • Bunga Lawang
  • Kulit Kayu Manis
  • Buah Pelaga
  • Cili Giling
  • Kerisik
  • Minyak
  • Santan Pekat

Cara-Caranya

  • Bersihkan ayam serta buang kulitnya, toskan dan lumurkan dengan kunyit dan asingkan ketepi.
  • Bawang merah dan putih dimayang halus.
  • Masukkan Minyak dalam kuali. Bila minyak panas tumis bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. masukkan bawang putih dan merah dan goreng hingga naik bau.
  • Masukkan daun kari dan kacau seketika.
  • Masukkan cili giling dan masak hingga garing.
  • Masukkan rempah kari dan masak hingga garing. Rempah kari tadi dicampurkan terlebih dahulu dengan sedikit air.
  • Bila rempah dan cili boh tadi garing masukkan ayam dan biarkan seketika hingga ayam sebati dengan rempah kari.
  • Masukkan sedikit air beserta santan pekat dan kacau.
  • Carik-carikkan Daun Kunyit dan masukkan dalam kuali. Kacau seketika.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukan Kerisik dan masak hingga kuah pekat.

Jika kuah tu pekat sangat anda boleh mencampurkan dengan sedikit air. Bila ayam sudah masak angkat dan iannya boleh dihidang. Satu perkara lagi anda akan dapati ada lebihan kuah dalam kuali kan? Dulu Almarhumah Nenda Syah which I call her Mak akan masukkan nasi didalamnya dan digoreng seketika (kacau atas api). Jadi taklah membazir baki kuah yang ada dikuali tu. Daripada dibasuh lebih baik kita makan. Seperkara lagi, jika kita buat sendiri kerisik lagi sedap dan warna kuahnya akan kehitam-hitaman. Ok selamat mencuba resipi Syah yer kawan-kawan semua.

1 comment:

Tunteja said...

Salam. I guess the dish surely tastes marvelous. But how much tumeric used bcoz the colour is so yellow.... Altough kerisik is added?