Saturday, January 8, 2011

SUK Selangor Angkat Sumpah Depan Sultan Selangor

Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dihadapan DYMM Sultan Selangor sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru manakala disebelah beliau berbaju biru adalah YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor - Gambar Utusan Malaysia

06.01.2010, Khamis - YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menghadapi kontrovesi berhubung isu perlantikannya mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dihadapan Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah. Majlis diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Dalam titahnya, baginda tidak tidak mahu isu perlantikan SUK ini dipolitik dan disensasikan hingga mengelirukan rakyat. Titah baginda lagi perlantikan SUK baru ini adalah mengikut peraturan dan prosidur yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, selagi Datuk Khusrin tidak mengangkat sumpah akujanji menyimpan rahsia di depan YAB Menteri Besar Selangor, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat EXCO dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES)

Majlis hari ini juga diadakan untuk :-

  • Mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Idris Shah kepada Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah sempena hari keputeraan Sultan Selangor pada 11.12.2010 lepas. Pada waktu berkenaan DYTM Tengku Amir Shah berada diluar negara.

  • Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang baru iaitu Datuk Marzuki Hussin yang menggantikan Datuk Khusrin yang dilantik sebagai SUK Selangor yang baru.

  • Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor yang baru dilantik pada 01.12.2010 lepas dan Perlantikan tiga Jaksa Pendamai (JP).

No comments: