Thursday, January 27, 2011

Ulangtahun Ke-50 Shah Reza @ Dato' Raja Rezza Shah


27.01.2011, Khamis - Malam tadi telah diadakan satu Majlis Santapan Malam Ulangtahun Keputeraan Ke-50 Raja Dato' Rezza Shah atau lebih dikenali sebagai Shah Reza yang merupakan seorang artis terkenal Malaysia satu masa dahulu. Majlis diadakan di Grand Ballroom, Aras 1, Kuala Lumpur Mandarin Oriental Hotel. Turut serta dalam majlis berkenaan adalah kerabat terdekat dan teman-teman rapat beliau. Shah Reza merupakan seorang kerabat diraja Kelantan disebelah bondannya manakala Perak disebelah Ayahandanya. Kedua-dua ayahanda dan bonda beliau telah bercerai. Bonda beliau, Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahaya Petra merupakan anakanda kepada Sultan Kelantan Ke-27 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VI. Shah Reza merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan sekarang, KDYMM Sultan Muhammad Ke-V. Manakala ayahandanya pula adalah Raja Aman Shah bin Raja Shahar Shah merupakan salah seorang kerabat diraja Perak. Shah Reza juga merupakan anak saudara kepada DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah iaitu isteri kepada DYAM Raja Dihilir Perak.

8 comments:

Anonymous said...

ASKUM.....terima ksh utk berita shah rezza sambut birthday tapi sayang maklumat psl ibu bapa shah rezza tu salah....hahaha...maaf lah anda jgn tersinggung...

Anonymous said...

Harap sudi siar tulisan saya ni sbb saya sekadar nak membetulkan salah maklumat di pihak anda.

Shah rezza bukan berdarah kerabat kelantan walaupun dibesarkan dlm istana kelantan...dia hanya berdarah kerabat perak shj... sebabnya???

Anonymous said...

Utk pengetahuan, bapa shah rezza mmg kerabat perak tapi ibu shah rezza cuma rakyat biasa sahaja. Ibu bapanya mmg dah bercerai dan selepas itu bapanya berkahwin dgn kekanda Sultan Ismail Petra iaitu Tengku Salwani(bonda saudara Sultan Faris Petra)....

Anonymous said...

Selepas itu shah rezza pun turut sama tinggal di kelantan. Jadi faham bukan? Shah rezza ialah anak tiri Tg Salwani dan bukan anak kandung...Tg Salwani sendiri cuma ada sorang shj anak....Tapi setau saya hubungan shah rezza dgn bonda tirinya ini spt anak-ibu kandung juga...Alhamdulillah.....

Anonymous said...

Kalau anda masih ragu2 lagi, silalah tanyakan hal ini kpd shah rezza sendiri.....

Anonymous said...

Nama sebenar bonda Raja Rezza Shah ialah Wan Zainab Binti Ahmad Rashidi berasal daripada Perak dan adinda kepada bekas Almarhum YM Puan Muda Perak yang baru mangkat baru2 ini.

Bonda kandungnya hidup terpinggir daripada perhatian beliau akibat kejatuhan 'dalam perniagaan' yang dijalankan dan kini menyewa sebuah rumah diKota D'sara.

kesultanan.johor@gmail.com said...

Sultan Sir Idris 1887 - 1916 atok dia. Mak Shah Reza org kebanyakkan. Tg Salwani kawen ngan bapak dia dapat anak sorang.

Unknown said...

Anak sape pun Shah Rezza xkesah,, yg penting maintain hensem.. Hee