Thursday, February 24, 2011

Artikel Cita-Cita Tunku Shahrul Anuar dalam Berita Harian Segmen Varsiti

24.02.2011, Khamis - Pagi tadi semasa dalam bus, one of my FB Friend, Shah Basree SMS Syah inform berhubung artikel mengenai beliau dalam Berita Harian bagi segmen Varsiti. Syah cuba cari artikel tu dalam E-Browse tapi tak jumpa dan Syah turun ke MyNews.Com untuk melihat rencana berkenaan. Disini Syah cut & paste artikel berkenaan untuk dikongasi bersama anda semua. By the way Syah Basree nie merupakan Kerabat DiRaja Kedah dan sekarang menetap di Kuala Lumpur. Sesiapa yang ingin berkenalan dengan dia boleh add di FB : Tunku Shah atau ke Fan Page beliau di Syah Basree Fan Page.


Headline: Cita-cita Tunku Shahrul Anuar
Publication: Berita Harian
Date of publication: Feb 24, 2011
Section heading: Varsiti
Page number: 003
Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin


PARASIT dianggap kurang berbahaya berbanding virus dan bakteria sehingga ramai yang tidak menyedari bahaya penyakit dalam bidang Perubatan Tropika itu di Malaysia pada masa depan. Ini menyebabkan tidak ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan memilih pengkhususan parasitologi berikutan kurang kesedaran terhadap kesan penyakit berkenaan.Fenomena ini mendorong Tunku Shahrul Anuar Tunku Ahmad Basri mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perubatan dengan pengkhususan Parasitologi Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor mulai tahun lalu dan dijangka menamatkannya pada 2013.


Beliau yang bercita-cita menjadi Pakar Parasitologi yakin penyakit berkaitan parasit akan menjadi isu besar dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang sama seperti virus dan bakteria. "Ini jangkaan saya berdasarkan penyelidikan saintifik penyakit berkenaan dalam tempoh beberapa bulan selepas mengikuti pengajian peringkat PhD dalam bidang parasitologi di UKM," katanya kepada Varsiti di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Tunku Shahrul Anuar atau nama penanya, Syah Basree ialah lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Kesihatan (Bioperubatan) di UKM pada 2007. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan Dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada 2005. Di sebalik bercita-cita tinggi menjadi Pakar Parasitologi, beliau juga meminati bidang kesenian meliputi tarian moden dan tradisi, nyanyian, penciptaan lagu, pidato, sajak, berbalas pantun, perbahasan serta pidato.


Anak kedua daripada tiga beradik itu mula meminati bidang berkenaan sejak di bangku sekolah menengah termasuk penyertaan dalam acara deklamasi sajak, berbalas pantun, perbahasan dan pidato bahasa Inggeris. Beliau turut aktif dalam kegiatan kesenian dengan mula berjinak-jinak menceburi bidang seni suara dengan lagu sulung beliau berjudul `Andai Itu Takdir Mu' ciptaan Omar K dan Zain-Almohdzar serta lirik oleh Sulu Sarawak dipilih sebagai antara runut bunyi (OST) untuk drama Asmara terbitan TV3 (Slot Lestary).


"Saya akan meneruskan hobi dalam bidang seni selepas menamatkan pengajian dan ia bukan halangan biarpun ketika itu saya sudah bergelar Pakar Parasitologi," katanya. Pengalaman Tunku Shahrul Anuar dalam bidang seni ialah membuat persembahan sempena majlis Makan Malam UM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Management & Science University (MSU). Beliau juga pernah menyandang gelaran juara, naib juara, tempat ketiga dan persembahan terbaik pertandingan nyanyian peringkat universiti, peserta nyanyian pop band, nyanyian asli, penari boria dan penari tarian tradisional pertandingan festival seni UM selama tiga tahun pada 2002, 2003 dan 2010 serta pernah membuat persembahan kebudayaan pada Festival Sayang-Sayang Selat di Riau, Indonesia.


Anak muda bercita-cita besar itu juga aktif kegiatan sukarela di kampus dengan menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Malam Penghargaan, Malam Puisi dan Pesta Hari Terbuka Dayasari UM. Personaliti kali ini juga ialah ahli perniagaan yang memiliki dua syarikat iaitu Syarikat Syah Basree Entertainment dan Peneraju D'Royal Foundation yang giat menjalankan kerja kebajikan.


BIODATA TUNKU SHAHRUL ANUAR TUNKU AHMAD BASRI

Umur: 28 tahun

Asal: Alor Star, Kedah

Bilangan Dalam Keluarga: Anak kedua daripada tiga adik-beradik

Bangsa: Berdarah Campuran Melayu-Siam (bapa) dan Baba Nyonya-Cina (ibu)

Cita-cita: Pakar Parasitologi

Pengajian:
  1. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan Dengan Kepujian di UM (2002 hingga 2005)
  2. Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Bioperubatan) di UKM pada 2006 hingga 20073
  3. Sedang mengikuti pengajian peringkat PhD di Fakulti Perubatan UKM dengan pengkhususan Parasitologi Perubatan mulai 2010.

Pengalaman Kerja:
  1. Pensyarah di Fakulti Kesihatan dan Sains Kemanusiaan MSU, Shah Alam (2007-2008)
  2. Pensyarah di Fakulti Sains Kesihatan UTM (2008-2009)
  3. Penyelidik Perubatan
  4. Fasilitator dan Penceramah Motivasi bagi pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda di UiTM.

Idola:
  1. Prof Dr Muhaya Mohamad (Pakar Optalmologis, penceramah motivasi dan pengacara program)
  2. Allahyarham Datuk Sudirman Arshad (peguam dan penyanyi)
  3. Aznil Nawawi (pengacara televisyen dan penyampai radio)

Persatuan:
  1. Ahli Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia
  2. Ahli Alumni UM, UKM, Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau ANSARA, Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA) dan Biohealth
  3. Ahli Medical Laboratory (MELTECH)

Anugerah:
  1. Personaliti Terbaik Untuk Pensyarah Lelaki Fakulti Kesihatan dan Sains Kemanusiaan MSU pada 2008
  2. Tahfifah Bintang Harapan Kreatif Dayasari UM (2002)
  3. Anugerah Salleh Khir (1999)
  4. Anugerah Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA) pada 1999

No comments: