Sunday, February 6, 2011

Basah Kuyup

06.02.2011, Ahad - Petang tadi sebelum Syah keluar dari KL Residence, Syah angkat dan lipat kain dijemuran dan keluar rumah jam 15:00hrs dan terus ke Citibank untuk bayar hutang dan bank in kan duit belanja bulanan Ayahanda/bonda, bonda Ejon serta Kak Ngah Normah di Maybank.. Dari Citibank, Syah ke Masjid Jamek untuk ambil bas Metro ke Rawang. Sebelum tu singgah sekejap di Central Market beli jagung rebus sebab lapar kerana pagi tadi makan kuih apam dan horlic o panas jer. Sampai rawang hampir jam 19:00hrs dan hujan lebat gila. Sebab nak kejar bas ke Rawang Residence, Syah redah jer hujan tu hingga basah kuyup satu badan dan semua orang tengok. Lepas tu Syah ke 7E beli roti dan kuaci. Sampai Rawang Residence hampir Maghrib dan kat Rawang Residence kering kontang tak hujanpun. Selepas solat Maghrib dan kada Asar Syah masak sup sayur - Kobis bunga, carrot, tahu dan petola. Sekarang jam 23:51hrs dan Syah hendak tidur coz esok jam 05:00hrs kena bangun. Muss call sebentar tadi dan dah sampai ke destanasi yang dituju. By the way Puasa Sunat esok............ Selamat malam semua semuga anda semua dibuai mimpi-mimpi yang indah.

No comments: