Thursday, February 10, 2011

Belanja @ TESCO Rawang Malam Tadi

10.02.2011, Khamis - Malam tadi Syah minta Azrin tolong Syah untuk beli keperluan dapur di Tesco Rawang. Mulanya dia kata selepas balik kerja tadi, dia sudah singgah di Tesco Rawang dan fahamlah maksudnya tu. Walau bagaimanapun dia call semula, kata hendak ke Tesco untuk beli beras. So Syah kata ok tetapi kami ke Pekan Rawang dulu coz Syah hendak cari fern untuk deco rumah Syah yang tak cukup, tapi tak jumpa fern yang Syah hendak tu dan Arip ke kedai pengantin dan kedai bunga untuk projek andamannya. Hari ini Syah akan cari ditempat yang Syah beli semalam. Sampai ke Tesco hampir jam 22:00hrs dan Tesco tutup jam 23:00hrs. Arip sempat bertekak dengan Security yang tak bagi dia bawa begnya masuk, akhirnya Arip berjaya bawa masuk juga beg dia kerana ada barang-barang beharga didalamnya. Selepas beli barang, Syah belanja Azrin dan Arip makan di De Anjung Seafood, Bandar Rawang. Semasa sedang menunggu makanan, tiba-tiba Bandar Rawang blackout dan kami makan bertemankan lilin. Selepas makan Azrin hantar Syah balik dan tolong punggahkan barang-barang Syah manakala Arip dalam kereta tak boleh keluar kerana katannya ada pokok bunga dicelah kakinya - dia beli bunga rose dalam pasu. No comment .......... heheheheh. Selepas kemas barang-barang yang dibeli, Syah solat Insyak dulu sebelum beradu.

No comments: