Saturday, February 26, 2011

Biasiswa Atas Nama Prince William dan Kate Middletom

26.02.2011, Sabtu - Semalam, Universiti St. Andrews telah mengujudkan satu biasiswa yang dinamakan sempena pasangan diraja Prince William dan Kate Middleton. Biasiswa ini akan membiayai sehingga RM 350,000.00 (70,000.00 pound) dalam bentuk kos tusyen, penginapan dan kos sarahidup selama empat tahun untuk program ijazah dalam pelbagai bidang. Seorang pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan akan dipilih setiap tahun untuk biasiswa ini tanpa mengira dari mana negara asal mereka. Prince William dan Middleton pernah belajar bersama-sama di universiti ini dalam bidang Sejarah dan tinggal bersama disebuah rumah dibandar berkenaan. Walau bagaimanapun Prince William telah menukar subjek yang diambilnya dan menamatkan pengajian pada 2005 dalam bidang Geografi manakala Middleton dalam bidang Seni Sejarah.

Pengumuman itu dibuat sempena lawatan pasangan diraja tersebut ke universiti berkenaan untuk kempen mengutip derma sempena ulangtahun ke-600 Universiti St. Andrew. Biasiswa berkenaan adalah sebagai hadiah awal perkahwinan dan penghormatan kepada pasangan tersebut yang pernah belajar dan menjalin hubungan cinta di Universiti berkenaan. Ketibaan kedua pasangan diraja telah disambut oleh kira-kira 600 orang kakitangan dan pelajar universiti di kawasan bersejarah yang dikenali sebagai St Salvator Quadrangle.

No comments: