Saturday, February 19, 2011

Bonda Tiri Sultan Brunei Mangkat

19.02.2011, Khamis - Semalam KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat menunaikan solat Jenazah dan mengangkat keranda Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Salhah Binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di kediaman Allahyarhamah di Baitul Atirah di Kampung Beribi, Gadong. Almarhumah berusia 74 tahun, mangkat pada Pagi Jumaat 18.02.2011 di Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Batu Satu, Bandar Seri Begawan. Solat Jenazah telah diimamkan Pehin Dato Iman Dato Paduka Seri Ustaz Haji Awang Haji Hamid Bin Bakal.

Al-Fatihah Kepada Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Salhah binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Semuga Roh Allahyarhamah DiTempatkan Bersama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN

Allahyarhamah adalah Bonda Tiri kepada Baginda Sultan dan merupakan Isteri ketiga Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin III. Turut mengiringi Baginda Sultan adalah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat-kerabat diraja yang lain.

No comments: