Thursday, February 3, 2011

Kemas Tempat Peraduan

03.02.2011, Khamis - Pagi tadi ada problem hendak buang air besar coz Syah kena sembelit. Minggu nie dua kali Syah megalaminya. Macam-macam halkan Syah nie? Lepas basuh baju, lebih kurang jam 10:00hrs Syah mulakan operasi untuk mengemas bilik tidur utama Syah dan sudah lebih enam bulan Syah tak kemas bilik cuma sapu dan mop sahaja. Lately Syah jarang tidur di sini coz Syah lebih suka tidur di bilik TV @ aras bawah dan senang hendak bersiap ketempat kerja. Mula-mula Syah kemas almari dan asingkan pakaian yang diperlukan dan yang tidak diperlukan Syah simpan dalam almari bilik tetamu. Untuk kemas bilik pula, Syah longgokkan barang diatas katil dan diluar bilik untuk memudahkan Syah menyapu. Dalam bilik nie banyak perabut kayu dan iannya kena dijaga, so Syah polish semua perabut kayu menggunakan Minyak Kayu Murni yang Syah beli daripada kedai perabut Indonesia. Selepas selesai polish perabut kayu, Syah bersihkan siling plaster menggunakan feather dust di bilik tidur Syah dan bilik air. Siling kapur nie memang cantik tetapi kena rajin coz iannya mudah memerangkap habuk dan labah-labah suka bersrang.

Selepas selesai buangkan habuk, Syah mop lantai termasuklan celah almari dan bawah katil. Setelah selesai, Syah biarkan seketika dansapu sekali lagi. Lepas sapu baru Syah rearrange semula kedudukan perabut dalam bilik dan alihkan TV sebelah pintu masuk. Bunga-bunga deco dalam bilikpun Syah buangkan habuk menggunakan berus dan Syah juga lap cermin tingkap yang dekat seinci habuknya al-maklumlah rumah Syah berhadapan jalanraya utama dan banyak habuk. last sekali Syah gantikan day curtain daripada warna putih ke kuning. selepas siap bilik tidur utama, Syah kemas pula bilik air. Bila semua selesai Syah berangan sekejap bila melihat bilik sudah bersih. Masa Syah mengemas tadi Azrin datang hantarkan bekas makanan yang Syah bagi malam tadi. Dia tak masukpun just hulurkan dipintu pagar dan Syahpun sedang sibuk berkemas.

Dari master bedroom Syah beralih ke bilik tetamu pula untuk mengemaskan habuk dan mop lantai disamping gantikan sarung bantal dan cadar. Selesai di bilik tetamu Syah kemas pula Mini Library Syah, buang habuk, sapu dan mop. Bila semua selesai Syah kemas pula peralatan mengemas seperti kain pengelap, feather dust, penyapu, mop dan baldi. Selepas susun semula barang-barang tadi dengan baik Syah rehat sekejap. Start kerja jam 10:00hrs dan tamat jam 16:30hrs. Fuyooooooooo ......... letihnya. Lepas tu Syah masak Meesua Sayur untuk lunch. Ialah bila sibuk dengan kerja tak ingat nak makan. Syah makan selepas solat Asar. Sekarang jam 18:44hrs dan Syah hendak berehat seketika dan jap lagi hendak kepasar malam.

No comments: