Saturday, February 5, 2011

Makam Tengku Ampuan Brunei di Makam Diraja Selangor

Alfatihah
TENGKU AMPUAN BRUNEI
Almarhumah Tengku Raihani binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah
(11.10.1911 - 22.09.1993)

Gambar diambil oleh Syah semasa ziarah ke Makam Diraja Selangor pada 15.01.2011 lepas.


05.02.2011, Sabtu - Makam Tengku Ampuan Brunei di Makam Diraja Selangor. Pelikan mengapa makam Tengku Ampuan Brunei dimakamkan di Selangor, Malaysia. Sebenarnya Tengku Ampuan Brunei, Almarhumah Tengku Raihani binti Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah merupakan salah seorang puteri kepada Sultan Selangor Ke-5. Tengku Raihani berkahwin dengan Sultan Ahmad Tajuddin Akahazul Khairi Waddin pada tahun 1934 dan dikurniakan dengan seorang puteri sahaja. Apabila Almarhum paduka suaminya mangkat secara mengegut di Singapura pada 04.06.1950, Almarhumah telah pulang semula ke Selangor bersama-sama puterinya. Ayahanda Sultan Brunei sekarang menggantikan Almarhum sebagai Sultan Brunei yang baru kerana Almarhum tidak mempunyai putera walaupun dengan isteri yang lain.

Gambar perkahwinan diantara Tengku Raihani dan Sultan Ahmad Tajuddin ini dirakamkan di Istana Mahkota Puri, Bandar Diraja Klang, Selangor pada April 1934. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin, Tengku Raihani kemudiannya berkahwin dengan kerabat diraja Perak, Raja Kamaluddin ibni Raja Harun Al-Rashid iaitu cucunda kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah 1 atau Marhum Rahmatullah yang merupakan Sultan Perak ke-28. Tengku Ampuan Raihani mangkat pada 22.09.1993 dalam usia 82 tahun. Tengku Raihani dimakamkan didalam Bangunan Makam Tengku Ampuan di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang, Selangor kerana tarafnya sebagai seorang kerabat diraja Selangor yang mempunyai status Tengku Ampuan.

Christoper Buyer dalam laman web Royalark menyatakan, Tengku Ampuan Raihani pernah berkahwin dengan adinda Raja Kamaluddin iaitu Raja Dato' Badri Shah. Walau bagaimanapun perkara ini dinafikan sendiri oleh Ku Cik (Raja Izaliah) iaitu anak perempuan Dato' Raja Badri Shah. Beliau memaklumkan kepada Syah bahawa Ayahandanya hanya berkahwin dengan Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil, Sultan Perak Ke-29 (nenda DYMM Sultan Selangor sekarang) sebagai isteri pertamanya (kemudian bercerai) dan Raja Norhira binti Raja Shahruddin sahaja.

No comments: