Wednesday, February 23, 2011

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke - 223 Bermula Hari Ini 23.02.2011

23.02.2011, Rabu - Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-223 bermula hari ini selama dua hari di Istana Negara dan akan berakhir pada 24.02.2011. Mesyuarat dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua DYMM Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri serta diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing kecuali Terengganu diwakili oleh Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah manakala pengiring TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak pula diwakili oleh Wakil Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
  • Terdahulu diadakan Mesyuarat Pre-Council sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang Ke-223 di Istana Negara, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur pada hari Selasa 22.02.2011.

  • Pada 21.02.2011 telah diadakan Majlis Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223. Majlis perjumpaan ini berlangsung di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di No. 482, Jalan Bukit Petaling, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur.

No comments: