Friday, February 25, 2011

Penamaan Calon DUN Kerdau

25.02.2011, Jumaat - Esok akan diadakan proses penaman calon bagi pilihanraya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang bermula jam 09:00hrs. Kerusi DUN kepunyaan Barisan Nasional itu kosong berikutan kematian Dato' Zaharuddin Abu Kasim pada 12.02.2011 lepas. Para penyokong BN akan berkumpul di Dewan Temerloh manakala PKR pula akan berkumpul dibelakang Plaza Temerloh sebelum masing-masing berarak melalui laluan berbeza untuk menuju ke pusat penamaan calon. Lima jalan utama akan ditutup esok.

Parti Islam Semalaysia atau PAS meletakkan kotak derma sebagai Tabung Dana Pilihanraya Kecil DUN Kerdau di Masjid Negara hari ini. Gambar ini Syah ambil semasa hendak memasuki Masjid Negara untuk Solat Jumaat tengahari tadi.

Pihak polis menjangkakan seramai 10,000 orang penyokong setiap parti akan terlibat dalam perarakan esok. Bagi mereka yang berada di kawasan-kawasan "PANAS" DUN Kerdau seperti di Teluk Sanggang, Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni, Syah berharap agar kita semua berhati-hati dan jangan sesekali gadaikan maruah, agama dan bangsa kita demi politik. Melayu tetap Melayu dan kita harus bersatu untuk menjadi satu bangsa dengan status Bumiputera yang dihormati didalam negara yang unik ini.

No comments: