Sunday, February 13, 2011

Permaisuri-Permaisuri Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Ke-2 Era Moden yang berstatus Sultanah


13.02.2011, Ahad - Ini adalah permaisuri-permaisuri Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Ke-2 Era Moden yang mendapat gelaran DYMM Sultanah Johor.
Bermula dari Kiri :-
  • Tunku Ampuan Besar (Sultanah) Maimunah bt Ungku Abdul Majid (15.11.1867 - 02.12.1909) ditabalkan pada 02.11.1895.
  • Sultanah Rogayah (Ruqaiya) (04.09.1880 - 08.03.1926) ditabalkan pada 30.08.1920.
  • Sultanah Helen (21.12.1889 - 13.08.1977) ditabalkan pada18.11.1931.
  • Sultanah Marcella (07.11.1915 - 01.06.1982) ditabalkan pada 17.09.1955.

Nama Baginda menyamai DYMM Sultan Johor Sekarang iaitu DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Era Moden Ke-5. Bonda DYMM Almarhum Sultan Ibrahim adalah Cecilia Catharina Lange atau YAM Enche' Besar Zabedah manakala DYMM Sultan Ibrahim pula telah menganugerahkan gelaran yang sama kepada bonda baginda pada 22.11.2010 sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Sekarang bonda baginda Che Puan Hajjah Kalsom Abdullah @ Josephine Rubby Trevorrow bergelar YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom.


Entry Syah berhubung Almarhum Sultan Ibrahim :-
Entry Syah berhubung Bonda Sultan Ibrahim :-

No comments: