Tuesday, February 8, 2011

Rombongan Diraja Kedah Melawat Pengerusi TM

Kenderaan Rasmi YTM Tengku Panglima Besar Kedah Darul Aman dan disebelahnya adalah kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran KDYMM Sultan Kedah Darul Aman.

08.02.2011, Selasa - Pagi tadi semasa hendak masuk kepejabat, Syah terserempak dengan sebuah kereta BMW 530i di Lobi Menara TM dengan menggunakan nombor pendaftaran KDYMM Sultan Kedah Darul Aman. Pelik juga Syah, takkan Sultan Kedah menggunakan kereta BMW 530i dan didalamnya Syah lihat orang lain. Mungkin kakitangan Pejabat Tuanku Sultan. Lebih kurang jam 11:00hrs semasa Syah hendak ke KLCC untuk belikan barang-barang pantry Dr. Zainal, Syah terserempak dengan sebuah lagi kereta BMW 730LI dengan nombor pendaftaran YTM Tunku Panglima Besar Kedah Darul Aman. Kereta berkenaan diparking bersebelahan dengan kereta KDYMM Sultan Kedah di Lobi Utama Menara TM. Setelah diselidiki, sebenarnya rombongan diraja berkenaan datang berjumpa dengan Pengerusi Telekom Malaysia, YBhg Datuk Dr. Halim bin Shafie diaras 55, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun KDYMM Sultan Kedah memang tidak hadir dalam kunjungan ini. Rombongan ini diketuai oleh anakanda tunggal Tuanku Sultan Kedah iaitu Tengku Panglima Besar Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH., DKYR., SSDK., PAT., JP.

No comments: