Friday, February 11, 2011

Rumah KErabat Diraja Terengganu Dimasuki Pencuri

11.02.2011, Jumaat - Beberapa hari lepas Kosmo melapurkan bahawa salah seorang kerabat diraja Terengganu kerugian RM85,000.00 akibat rumahnya di masuki pencuri. Kejadian ini disedari oleh Tengku Shahriman Tengku Tengku Ibrahim yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun pada hari Ahad, 06.02.2011 selepas kembali daripada cuti tahun baru cina bersama keluarganya. Sepatutnya beliau dan keluarga balik ke rumah mereka di Jalan Limau Cula, Kampung Gong Limau, Kemaman, Terengganu sehari sebelum kejadian tetapi berpatah semula kerumah ayahandanya di Kuala Terengganu kerana jalan sesak. Inilah yang dinamakan ketentuan Ilahi dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Syah berharap agar keluarga Tengku Shahriman bersabar menghadapi dugaan ini.

Diantara barang-barang yang hilang adalah wang tunai RM5,000.00, barang kemas yang dianggarkan bernilai RM55,000.00, dua set komputer riba dan sebuah kamera. Beliau mendapati tingkap bilik tidur utamanya telah diumpil oleh pencuri berkenaan untuk masuk kedalam rumah. Menurut beliau lagi, sistem pengera keselamatanyna tidak berfungsi kerana beliau membuat pendawaian semula sebelum mereka pergi bercuti. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis. Hasil daripada rakaman CCTV pencuri berkenaan yang sempat dirakamkan ditepi tingkap rumah beliau, pihak polis telah menahan dua orang remaja lelaki untuk membantu siasatan kes ini.

No comments: