Tuesday, February 15, 2011

Sheikh Humaid Terima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kehormat Daripada Sultan Pahang

Gambar dari Berita Harian
15.02.2011, Selasa - Semalam Sultan Pahang yang juga merupakan Ketua Perlembagaan UIAM, KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kehormat Pengurusan Perniagaan (Pembangunan Modal Insan) kepada Ahli Majlis Pemerintah Tertinggi Raja-Raja Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Humaid Rashid Al-Nuaimi yang juga merupakan Raja Pemerintah Ajman. Majlis diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sheikh Humaid merupakan penerima ke 24 Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kehormat ini dan ianya diangerahkan kepada baginda berdasarkan sumbangan dan jasa baginda terhadap pembangunan umah dan dunia Islam di negaranya dan diperingkat antarabangsa.

Diantara sumbanga baginda adalah :-

  • Menubuhkan Program Tabung Perkahwinan pada 1992 bagi membantu golongan muda Ajman yang ingin berkahwin tetapi tidak berkemampuan. Memberi pinjaman peribadi tanpa faedah kepada 300 orang rakyatnya yang ingin berkahwin bagi mengelakkan perlakuan maksiat.

  • Pada 1984 menubuhkan Pertubuhan Rayuan Kemanusiaan dengan baginda sendiri sebagai penaung dan menggunakan sumber kewangan baginda sendiri. Pertubuhan ini memberi bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada penduduk miskin di UAE, Afrika, Asia dan Eropah. Pertubuhan ini juga membina masjid, hospital, perigi, sekolah, pusat pemulihan disamping menyokong kegiatan pertanian serta memberi bantuan makanan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukannya.

Dalam majlis yang berasingan di UIAM, Sheikh Humaid juga telah berkenan menyampaikan pingat penghargaan kepada Presiden UIAM, Datuk Mohd Sidek Hassan, Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid dan Dekan Strategi Korporat & Jaminan Kualiti UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Berghout.

No comments: