Thursday, February 17, 2011

Sultan Johor Mansuhkan JP

17.02.2011, Khamis - Hari ini Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memutuskan untuk memansuhkan jawatan dan kuasa JP atau Jaksa Pendamai bagi Negeri Johor berkuat kuasa serta merta. Selepas ini tidak akan ada tauliah untuk JP di Johor. Alasan pemansuhan ini adalah kerana kuasa Jaksa Pendamai adalah menyamai Majistret Kelas 2 dan iannya tidak lagi relevan buat masa ini di Johor. Mengikut rekod, semenjak iannya ditauliahkan semenjak 1948 sehinggan 1980, seramai 55 individu telah menerimanya dan hanya empat sahaja yang masih hidup hingga hari ini.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli memaklumkan bahawa penerima JP di Johor kebanyakannya adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri yang menjalankan tugas sebagai JP kerana kekurangan Majistret sebelum ini. Pada waktu ini bilangan Majistret disetiap daerah di Johor adalah mencukupi. Sehubungan dengan itu tugas-tugas JP adalah tidak relevant lagi buat masa ini. Penganugerahan JP selaras dengan Peruntukan Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948 dan penerima hanya boleh mengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300.00 sahaja.

No comments: