Thursday, February 17, 2011

Tengku Mohd. Haikal Afify Dapat Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu

17.02.2011, Khamis - Penderitaan adik Tengku Mohd. Haikal Afify bin Tengku Mohamad atau lebih mesra di panggil adik Haikal (6 tahun) yang mengidap sakit buah pinggang yang dikenali sebagai Sindrom Nefrotik telah mendapat simpati Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Said. Berita ini diketahui oleh pihak YAB MB melalui akhbar Kosmo keluaran 15.02.2011. Semalam, 16.02.2011, YAB telah menemui adik Haikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu. YAB memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menangung kos rawatan adik Haikal yang diambil daripada dana Tabung Penyakit Kronik (TPK) bagi meringankan beban keluarga adik Haikal. Tambah YAB lagi, kerajaan negeri juga akan merujukkan kes ini ke Hospital Pakar dengan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri. Segala kos rawatan susulan adik Haikal akan ditanggung memandangkan penyakit ini tidak boleh dibedah untuk sembuh tetapi memerlukan rawatan susulan sehingga ianya kembali normal. Penyakit yang dihidapi oleh adik Haikal ini merupakan sejenis penyakit buah pinggang peringkat glomerular yang menyebabkan kehilangan protin yang banyak menerusi pembuangan air kecil. Iannya juga akan menyebabkan pengumpulan air dalam badan, penurunan paras protein seperti albumin dalam darah manakala paras lemak pula akan meningkat, menyebabkan darah membeku sehingga pengidapnya mudah dijangkati penyakit. Menurut bondanya, Apabila penyakit ini menyerang, perut adik Haikal akan membuncit dan anggota badannya akan membengkak.
Adik Haikal bersama Ayahandanya, Tengku Muhamad bin Tengku Sulung di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.- Gambar dari Kosmo.


Keluarga Tengku Mohd. Haikal Afify bin Tengku Muhamad merupakan keluarga miskin yang menetap di Kampung Durian Mas, Manir, Terengganu dan telah diberikan rumah bantuan melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin oleh kerajaan negeri Terengganu. Ayahandanya, Tengku Mohamad Tengku Sulung (49 tahun) tidak bekerja dan menghidapi penyakit saraf serta mengalami masalah penglihatan. Tengku Mohamad menerima bantuan RM200.00 sebulan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat. Mereka dikurniakan dengan tujuh orang anak, tiga daripadanya telah meninggal dunia dan dua orang pula sudah berkahwin dan mengikut suami masing-masing. Untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga, bonda adik Haikal, Mek Salmah binti Abdul Rahman (41 tahun) terpaksa bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Kepada anda semua, inlah lumrah kehidupan yang perlu dilalui oleh sebahagian daripada kita. Bukan bermakna jika ada gelaran Tengku, semuanya akan hidup kaya raya dan dilimpahi dengan kemewahan. Keturunan Tengku juga adalah manusia biasa tak lari dari sebarang cubaan dan dugaan didunia yang fana ini.

No comments: