Tuesday, February 15, 2011

YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Dilantik Canselor Baru Unisel

15.02.2011, Selasa - Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada salah seorang kerabat diraja Selangor yang telah dilantik sebagai Canselor baru Universiti Industri Selangor atau Unisel. Perlantikan YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang baru telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sidang akhbar di Shah Alam semalam 14.02.2011. Menurut Dr Halimah, perlantikan Cansoler Unisel dibuat bukan dari kalangan orang politik adalah untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mahu mempolitikkan sistem pendidikan di Selangor dan menyahut saranan penuntut-penuntut Unisel sendiri yang tidak mahukan Canselor mereka dari kalangan orang politik. Perlantikan YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad berkuatkuasa mulai 21.02.2011 bagi menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah tamat tempoh lantikannya pada 05.02.2011 lepas.

YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Almarhum Raja Tun Uda

YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad merupakan putera ke-10 Mantan TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pertama mulai 31.08.1957 hingga 30.08.1967 iaitu Almarhum Raja Tun Uda bin Almarhum Raja Muhammad. Almarhum Raja Tun Uda juga merupakan kerabat diraja Selangor dan mengikut salah silahnya, Raja Tun Uda bin Raja Muhammad bin Raja Usman bin Raja Omar bin Raja Hasan bin Raja Muda Nala ibni Almarhum Sultan Salehuddin, Sultan Selangor Pertama. Bonda YM Tan Sri Dato Seri Arshad merupakan Isteri ketiga Almarhum Raja Tun Uda iaitu YAM Tengku Nor Saadah binti Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Ke-5. YM Tan Sri Dato Seri Arshad juga merupakan bapa saudara kepada Political Blogger Raja Petra Kamaruddin. YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad berkahwin dengan Tunku Yusni Tunku Muhammad dan dikurniakan dengan seorang putera dan tiga orang puteri. YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad merupakan :-

  • Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad
  • Pengarah Khazanah Nasional
  • Pengarah Sime Darby Berhad
  • Anggota Panel Kajian Semula Percukaian
  • Pengarag Pro-Canselor Unisel
  • Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor
  • Anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Felo Institut Akauntant Bertauliah England dan Wales

No comments: