Saturday, March 26, 2011

Susu Ibu dan Kasih Sayang Seorang Ibu Dalam Hidup Syah

Sambil menonton Segmen Nasi Lemak Kopi O di TV 9 sebentar tadi Syah menonton perbincangan mengenai susu ibu. Walau bagaimanapun Syah menonton apabila topik tu hampir selesai dibincangkan. Bonda Syah mangkat (meninggal dunia) semasa Syah berumur dibawah satu tahun kerana melahirkan adinda Syah yang pergi bersama-sama Almarhumah Bonda. Syah tak pasti samada Almarhumah Bonda Syah susukan Syah atau tidak tetapi mengikut kelazimannya kalau era 1960an memang trend ibu susukan anak-anaknya cuma sekarang nie sahaja banyak ibu-ibu muda keberatan menyusukan anak kerana tak selesa, rasa geli dan seumpamanya.

Sian baby tu asik Ayahnya jer yang dapat. heheheheh ............ Yang sedih tu ada yang hanya pamkan saja dan masukkan dalam botol untuk baby menyusu. Adalah lebih baik susukan anak dibadan anda kecuali jika anda bekerja tetapi anda masih boleh lakukannya bila dirumah. Walau bagaimanapun Syah nak kongsi sedikit point-point yang Syah dapat dari perbincangan tersebut mengenai susu Ibu.

  • Susu Ibu adalah susu pilihan yang terbaik sekali untuk baby anda.
  • Jika anda demam/selsema jangan sesekali cium baby anda kerana ianya akan dijankiti TETAPI anda masih boleh menyusukan baby kerana demam/selsema anda tidak akan memberi kesan pada susu yang diminum oleh baby anda.
  • Bagi ibu-ibu yang mengandung anda masih boleh menyusukan baby anda cuma anda akan berasa sedikit penat dan letih.
  • Kebiasaannya jika menggunakan susu lembu/soya baby buat permulaannya akan mengalami sembelit sebelum iannya menyesuaikan diri dengan susu berkenaan tetapi jika anda menyusukan baby anda masalah ini tidak akan berlaku.
  • Bagi ibu yang menyusukan baby, kena jaga makanan dan kurangkan makanan pedas, jamu dan seumpamanya kerana iannya akan mempengaruhi usus (perut) baby anda dan akan berlaku cirit beret.
  • Jika pipi/telinga baby anda ada ruam itu tandanya baby anda mengalami alahan pada protin susu lembu dan masalah ini tidak akan dialami oleh baby yang menyusu susu anda (susu badan)
  • Bila baby menyusu badan, susu berkenaan akan cepat dihadamkan berbanding susu lembu/soya. Jadi adalah sesuatu yang biasa jika baby anda akan berasa cepat lapar dan anda harus menyusukannya sekali lagi. Bila baby menangis itu salah satu tanda dia lapar.
  • Susu ibu seharusnya menjadi diet utama anak anda, walau bagaimanapun susu formula yang ada di pasaran Malaysia adalah selamat digunakan.

Apa-apapun hanya ibu sahaja yang memahami anak mereka sendiri. Hormatilah Ibu kita tak kira apa panggilan yang kita berikan kepada mereka samada Bonda, Ibu, Emak, Encik, Mummy dan seumpamanya. Peluk dan ciumlah ibu kita dengan penuh kasih sayang setiap kali kita mengunjungi beliau kerana itu adalah terapi yang paling berharga bagi mereka bukan wang ringgit dan kemewahan yang mereka minta dari kita sebenarnya tetapi kasih sayang dan perhatian anak-anak. Hormatilah kedua Ibubapa kita dan jangan sesekali sakiti hati mereka dan kalau boleh ikutkan apa sahaja kehendak mereka kerana kita tahk tahu mungkin hari ini, esok atau lusa mereka akan meninggalkan kita buat selama-lamanya jangan sampai kita akan terkilan/menyesal seumur hidup kerana tak membahagiakan mereka. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.


Sekarang nie Syah lihat banyak yang mengabaikan ibubapa terutamannya apabila mereka sakit atau nyanyuk. Paling menyedihkan ada yang menghantar mereka ke rumah orang-orang tua dan paling celaka sekali ada anak-anak yang membiarkan ibubapa mereka menjadi gelandangan ataupun kebas harta makbapak untuk kemewahan sendiri. Janganlah kita menjadi anak-anak derhaka kerana Allah akan membalas segala perbuatan kita. Sekarang nie Allah tak tunggu hingga kita mati , Allah bagi cash masa kita hidup-hidup lagi balasannya didunia.

Inilah Almarhumah Bonda Syah, Almarhumah Soadah @ Sokdah Al-Hajjah yang mangkat semasa usia Syah kurang satu tahun. Ada orang mengatakan rupa Syah lebih mirip kepada Almarhumah Bonda. Al-Fatihah .................... To Almarhumah Bonda Soadah @ Sokdah Al-Hajjah semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang beramal soleh. AMIN.

Syurga itu dibawah tapak kaki Ibu, Hormatilah kedua ibu dan bapa yang melahirkan kita kedunia ini. Anak, Isteri, Suami, Kemewahan kita boleh cari tetapi Ayah dan Ibu kita hanya dapat sekali sahaja seumur hidup jika kita mengabaikannya dan mereka tiada lagi didunia ini kita tidak akan dapat penggantinya. Perbaikilah hubungan kita dengan ibubapa dan hormatilah mereka selagi mereka masih hidup, tak ada yang terlambat dalam dunia ini selagi mereka masih hidup dan kita boleh menabur bakti kepada mereka walaupun disaat-saat akhir hayat mereka. Renung-renungkanlah supaya jangan nanti Anda menyesal seumur hidup.

Walaupun bonda Syah telah meninggal dunia dan Syah tak pernah kenal siapa Bonda Syah selain menatap photonya apatah lagi kasih sayangnya tetapi rasa Sayang dan Cinta kepada Almarhumah memang ada dalam diri Syah sebab itu selepas Solat Syah sentiasa membacakan Alfatihah untuk Almarhumah Bonda dan Kaum Keluarga Syah yang telah tiada. Kalau Syah kemakamnya, sudah menjadi kelaziman Syah akan cium batu nisannya seperti Syah mencium Dia. Syah juga mendapat rasa kasih sayang seorang Ibu terutamanya dari Nenda Syah, Almarhumah Maharum Al-Hajah sehingga Syah memanggilnya dengan gelaran "Mak".

Begitu juga kasih saya seorang ibu Syah dapat dari Nenda Saudara Syah, Almarhumah Sadu Al-Hajjah (Engah Sadu), Kedua Bonda Saudara Syah yang sentiasa menjaga kebajikan Syah iaitu Almarhumh Che' Zan Al-Hajjah yang Syah panggil "Ucu" dan Bonda Maizon atau Syah panggil Ejon. Last but not least Syah juga dapat kasih sayang dari seorang ibu daripada Bonda Tiri Syah, Hajah Zawiyah yang Syah panggil "Encik" yang sentiasa sayangkankan seperti anaknya sendiri.

Shukur Alhamdulillah Syah dapat kasih sayang seorang ibu walaupuan ibu kandung Syah telah tiada dalam usia Syah masih tak kenal apa-apa. Terima kasih Mak, Engah Sadu, Ucu, Ejon, Encik, Abah, Atok, Mon, Yeoh, Kak Long Zainab, Kak Ngah Normah, Kak Lang Ella, Intan, Muss, Razak, Mamat, Haziq, Dos, Ku Chik dan Azrin kerana kerana memberikan sepenuh kasih sayang pada Syah dan kasih sayang itu akan kekal dalam diri Syah hingga keakhir hayat Syah. Insyallah.

No comments: