Sunday, March 20, 2011

Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

20.03.2011, Ahad - Siapakah gerangannya pasangan Romeo & Juliat dalam photo diatas? Mungkin generasi muda tidak mengenali individu berkenaan. Gambar diatas merupakan Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Almarhum Syed Putra Jamalullail. Almarhum merupakan Raja Perlis Ke-5 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-3. Disebelah Almarhum, adalah permaisuri baginda, Almarhumah Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail. Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merupakan Raja yang paling lama memerintah didunia. Almarhum ditabalkan sebagai Raja Perlis pada pada 04.12.1945 dan meraikan Jubli Emas pemerintahan baginda pada 1995. Menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-3 dalam usia 40 tahun mulai 21.09.1960 hingga 20.09.1965. Almarhum diputerakan pada 25.11.1920 dan mangkat pada 16.04.2000 dalam usia 80 tahun.

Almarhum meninggalkan 14 orang cahayamata daripada dua orang surinya iaitu :-

1. Almarhumah Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah bt Almarhum Tengku Ismail

  • Sharifah Salwa (Tengku Puteri Utama)
  • DYMM Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (Raja Perlis Sekarang)
  • Syed Badarudin (Tengku Syed Bendahara)
  • Sharifah Jalina
  • Sharifah Azwan (Tengku Puan Laksamana Kelantan)
  • Sharifah Junita
  • Syed Amir (Tengku Syed Temenggung)
  • Syed Razlan (Tengku Syed Laksamana)
  • Syed Zainal Anuar (Tengku Syed Panglima)
  • Syarifah Endah

2. Allahyarhamah Puan Mariam

  • Syed Zainol Rashid
  • Syed Azni
  • Syed Badlishah
  • Sharifah Melanie

Alfatihah ............. Semuga Allah Menempatkan Roh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Bersama-Sama Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. Amin.

No comments: