Tuesday, March 8, 2011

Duke of York dikatakan Terpaksa Meletak Jawatan Sebagai Duta Perdagangan

08.03.2011, Selasa – Semalam, Putera kedua Queen Elizabeth II, Prince Andrew, Duke of York dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Duta Perdagangan yang telah dilakukannya sebelum ini sebagai salah satu usaha mempromosi perdagangan Britain diluar Negara. Perkara ini berlaku berikutan pendedahan media Britan mengenai beliau berhubung perkara-perkara berikut :-

  • Hubungan beliau dengan Presiden Tunisia yang baru digulingkan oleh rakyatnya iaitu Zine El Abidine Ben Ali.
  • Pembabitan beliau dengan pesalah jenayah dan seksual yang merupakan seorang usahawan dan hartawan USA, Jefri Esptien yang dipenjara kerana melanggan pelacur dibawah umur.
  • Hubungan rapat beliau dengan Sakher el-Materi yang merupakan menantu kepada Mantan Prisiden Tunisia

Walau bagaimanapun, jurucakap Duke of York menafikan beliau mempunyai hubungan rapat dengan dengan Esptien dan menyifatkan laporan akhbar berkenaan sebagai satu sindiran sinis pihak akhbar untuk memalukan pihak Istana Britain sebelum majlis sambutan perkahwinan diraja Prince Willian dan Kate Middleton April ini.

Setiausaha Penerangan, Vince Cable menafikan desas-desus bahawa kementeriannya akan menggantung tugas-tugas Duke of York dan membuat keputusan untuk menentukan nasib putera raja berkenaan.

No comments: