Saturday, March 26, 2011

DYTM Raja Muda Perak Serahkan Kutipan Untuk Sumbangan Mangsa Tsunami Jepun

Dari Kiri MB Perak, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Pengerusi NSTP dan Konsul Jeneral Jepun ke Malaysia - Gambar dari Bernama


27.03.2011, Ahad - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menyerahkan sumbangan yang telah dikumpul sebanyak RM687,000.00 untuk tabung Bencana NSTP/Media Prima kepada Pengerusi The New Straits Time Press (NSTP) Tan Sri Mohamed Jauwar Hassan. Sumbangan ini adalah untuk mangsa-mangsa Tsunami di Jepun. Majlis diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh. Terdahulu MB Perak telah menyerahkan kutipan berkenaan kepada DYTM Raja Dr. Nazrin Shah sebelum iannya diserahkan pula oleh DYTM Raja Muda kepada Pengerusi NSTP.


Turut serta dalam malis ini adalah DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Konsul Jeneral Jepun di Malaysia Mr. Tetsuro Kai. Perhatian para jemputan tertumpu kepada DYTM Raja Dr. Nazrin Shah apabila baginda tiba-tiba kelihatan sebak seketika semasa menyampaikan titah (ucapan) dalam majlis ini.

No comments: