Sunday, March 6, 2011

Fiji Akan Mansuhkan Gambar Queen Elizabeth II Dalam Matawang Mereka

06.03.2011, Ahad - Pemimpin Tertinggi Kerajaan Tentera Fiji, Voreqe Bainimarama telah membuat pengumuman rasmi pada hari Selasa lepas untuk menukar potret Queen Elizabeth II dalam wang kertas dan siling negara berkenaan mulai Jun 2012 selepas mendapat kelulusan kabinet Fiji untuk berbuat demikian. Wajah Queen Elizabeth akan diganti dengan imej icon flora dan fauna fiji yang belum ditentukan lagi. Fiji memperolihi kemerdekaan daripada British pada tahun 1970 dan semenjak itu mengekalkan wajah Queen Elizabeth II dalam matawangnya dan kebanyakan jajahan British yang lain menukar imej Queen Elizabeth II dalam matawang mereka selepas mencapai kemerdekaan kecuali Australia, New Zealand dan Kanada.


Kerajaan tentera pimpinan Bainimarama mengambil alih kepimpinan Fiji melalui rampasan kuasa berdarah pada tahun 2006. Kerajaan British telah menyokong Commonweltah mengantung keahlian Fiji selepas Bainimarama gagal memulihkan demokrasi di Fiji selepas rampasan kuasa berkenaan. Bainimarama yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak memaklumkan alasan terhadap perubahan berkenaan.

No comments: