Saturday, March 19, 2011

Ke Pekan Rawang Petang tadi

19.03.2011, Sabtu - Petang tadi ingatkan tak hendak kemana-mana tetapi tiba-tiba rasa boring lalu Syah buat keputusan ke Pekan Rawang. Selepas solat Asar Syah keluar rumah dan on the way ke bas stop, Kak Cik tegur Syah tanya hendak kemana dan Syah jawap hendak kedepan (maksud Syah bas stop). Sampai sahaja di Pekan Rawang Syah pergi bercukur dulu dikedai gunting India berhampira bas stand Rawang sebab rimas dengan jangut yang semakin panjang. Selepas bergunting Syah ke kedai makan berhampiran pasaraya Giant (dulu Bintang) untuk beli laksa.

On the way ke Giant, Azrin call tanya Syah dimana dan dia minta Syah belikan goreng pisang, keladi dan keledik digerai yang menggunkan van berhampiran CIMB. Syah ke gerai tu dulu dan hanya goreng pisang dan keledik sahaja yang ada dan Syah beli RM4.00 (RM2.00 each) dan minta serdaknya sekali dan kuah cicah. Dari CIMB Syah terus ke gerai makan dan minta Kakak tu bungkuskan laksa. Syah minta laksa dan bawang lebih sahaja mankala cili, timun dan telur Syah tak mahu. Dari kedai makan tu Syah terus ke bas stop dan singgah ke 7E untuk beli Gardenia Toast'em Raisin Oatmeal, dua bun ikan bilis Gardenia dan Soyabean kotak. Bun dan Soyabean Syah songlap sambil tunggu bas.

Ingatkan ada bas jam 18:30hrs dan terkejar-kejar Syah tadi, tapi lambat pula bas hari ini dan pemandunya pemandu gantian kerana pemandu bas yang biasa tu cuti. Heran Syah selalu beno cutinya, agaknya banyak betul cuti tahunan dia ..............Hehehehehe. Sampai Rawang Residence hampir jam 19:20hrs dan Syah tengok kereta Bak tak ada. So Syah call Azrin dan dia ada dirumah dan serahkan makanan yang dia pesan dan Syah kata tak payah bayar tapi dia still buka dompet dan cari duit. Syah kata bagi jer lah dua ringgit dan dia bagi tiga ringgit. Azrin inform Bak dan Kak Cik ke rumah Firdaus.

Dari rumah Azrin, Syah nampak bapa Chong (jiran sebelah rumah) dari kampung datang dan sembang sekejap dengan dia. Lama juga menyimbang dengan uncle tu dan dia datang kerana ada majlis perkahwinan saudara dia malam esok dan akan balik lusa (Isnin). Baru Syah dapat tahu hari, satu lagi pantang larang orang Cina. Syah tanya uncle tidur mana dan dia kata rumah Chong. Dia tak tidur kat rumah anaknya yang satu lagi sebab bilik dah penuh. Katanya, orang Cina pantang tidur atas katil anak yang sudah berkahwin, dalam biliknya boleh tapi tak boleh atas katilnya. Hemmmm ........ orang Cina memang banyak pantang larang dan sesetengahnya ikut pantang larang tu supaya ong.

By the way semasa tunggu bas di Rawang Residence Syah bersembang dengan beberapa orang india yang sedang menanam pokok. Syah mentioned pasal ribut semalam. Rupa-rupanya ada yang lebih teruk dari pokok tumbang. Kata mereka ada rumah yang bumbungnya tercabut dan ada pula Owining yang melayang. Mereka inform semalam memang ribut kuat sangat. Area Rawang Residence Syah memang kadangkala setahun sekali ada ribut seperti ini, tak tahulah kenapa.

No comments: