Thursday, March 17, 2011

Kereta Azrin DiLanggar

Keadaan Kereta Azrin. Kereta putih tu yang langgar kereta Azrin.
Azrin (tengah) nampak sedih dengan keadaan keretannya dan dalam masa yang sama sekarang ini dia sibuk dengan sales targetnya dan memerlukan kenderaan.

17.03.2011, Khamis - Semasa dalam perjalanan balik ke Rawang Residence tiba-tiba phone Syah berbunyi dan Syah lihat Azrin call. Terperanjat juga kerana dia jarang call dan tiba-tiba call macam ada sesuatu. Tekaan Syah betul bila dia inform keretanya dilanggar. Terperanjat Syah tetapi untunglah keretannya dilanggar bukan dia berlanggar. Masa dia call Syah insiden tu baru berlaku lebih kurang jam 19:15hrs tak silap Syah dan Syah inform dia Syah on the way dalam bas balik rumah dan akan singgah rumah dia nanti.

Sampai Rumah Syah nampak orang sudah ramai depan rumah terutamanya orang india dan polis ada sekali. Rupa-rupanya jiran berbangsa India yang menyewa lat dua rumah dari rumah Syah yang langgar kereta Azrin. Kereta Myvi putihnya melanggar kereta Hyundai Accent Azrin. Memang teruk kereta Azrin kiri kanan kemek dan dan pokok-pokon depan rumah habis rosak. Semasa kejadian Azrin dan keluarga berada dalam rumah dan tiba-tiba mereka terdengar dentuman kuat.

Bila mereka keluar rupanya kereta Azrin dilanggar oleh sebuah kereta Myvi warna putih. Yang bawa kereta tu bukan owner kereta tu tetapi kawan serumahnya dan tiada lesen. Sebenarnya Syah kenal perempuan yang bawa kereta tu. Dulu dia dan ayahnya menyewa sebelah rumah Syah entah macam mana mereka pindah atas alasan rumah tu ada anai-anai dan anak perempuannya tu tinggal bersama pasangan India sebelah rumah yang mereka sewa tu.

Kejadian berlaku kerana perempuan india tu kata dia mengelak budak (mungkin anak jiran sebelah rumah Azrin). Dia langgar pasu depan rumah uncle Jega dan terus tumpu kereta Azrin yang di park depan rumah. Menurut perempuan tu dia tekan break dan tertekan minyak sekali. Habis kereta Azrin kiri kanan kemek dilanggar kereta tu dan sebelah lagi tu terlanggar pokok mangga. Terdapat keretakan dibahagian dalam kereta. Azrin nampak tension dan Arip cakap dengan Syah ada tak Azrin inform hendak pinjam kereta Syah tapi Syah kata tak ada. Arip kata mungkin Azrin terlupa kerana panik dan lagipun dia minggu nie busy dengan sales targetnya dan perlukan kenderaan. Syah kata Syah tak kisah lagipun kereta tu pun tak berjalan.

Syah balik rumah dan solat kemudiannya ke rumah Azrin semula. Semasa Syah datang kedua-dua kereta ditunda dan mereka ke Balai Polis untuk buat report dan urusan selanjutnya. Mereka naik kereta tunda tu dan selepas semua urusan selesai, pemandu kereta tunda tu akan hantar mereka balik semula ke Rawang Residence. Selepas tu baru Syah ke pasar malam untuk beli makanan kerana puasa.

Apa-apapun kepada Azrin harap bersabar dengan dugaan ini dan Syah pasti dan doakan agar everything going to be ok. Insyallah cuma bersabar jer lah. Syah tak kisah kalau nak pakai kereta Syah, gunalah dan Syah tak caj apa-apapun.

No comments: