Saturday, March 26, 2011

Kesihatan Syah

27.03.2011, Ahad - Hari ini Syah ingat hendak berehat sebab semalam dah sapu sedikit rumah. Pagi tadi buang air besar macam sembelit sebab susah nak keluar tapi bila buang air besar ok pula.Syah kena ambil buah juga hari-hari sebab sekarang nie Syah kurang makan semenjak meminum minuman nutrisi daripada herbalife. Dah makan kurang dan yang hendak dibuangnyapun tak banyaklah kan?

Lutut kanan Syah semakin pulih dan sakit tu kadangkala ada tapi Syah kena perlahankan pergerakan dan tak boleh buat kerja-kerja renyah (berat/kuat). Syah kena baring dan lunjurkan kaki baru rasa selesa. Cuma rasa kebas kat peha sudah kurang tapi kat punggung sebelah kanan pula rasa lenguh. Yang lain ok tetapi kepala sebelah kanan Syah sakit sedikit pagi tadi semasa Syah siram pokok bunga. Breakfast tadi Syah minum susu Omega dan untuk makan ubat pula Syah minum Horlic O + Oat. Kalau rajin tengahari nanti hendak ke Rawang nak makan laksa ataupun petang nanti ajak Azrin ke pasar malam Country Homes. Tak buat decision lagi ............. tengok keadaan macam mana.

No comments: