Monday, March 28, 2011

Majlis Tahlil Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah di Istana Maziah

Majlis Tahlil di Balairong Seri Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu - Gambar dari Tengku Ismail

29.03.2011, Selasa - Semenjak permakaman Almarhumah Tengku Ampuan Bariah pada 21.03.2011 lepas, setiap malam selama tujuh hari berturut-turut pihak Istana Maziah mengadakan Majlis Tahlil untuk Almarhumah. Majlis diadakan di Balairong Seri Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis Tahlil selama tujuh hari ini berakhir pada 27.03.2011 lepas bersamaan hari Ahad, Majlis Tahlil seterusnya hanya akan diadakan setiap hari Khamis Malam Jumaat ditempat yang sama sehingga tempoh berkabung selesai. Majlis Tahlil akhir akan diadakan pada malam 28.04.2011 dan tempoh berkabung berakhir pada 29.04.2011 bersamaan hari Jumaat. Majlis tahlil ini terbuka kepada semua yang berminat untuk menghadirinya dan anda dikehendaki berpakaian lengkap baju melayu dan mengikut pakaian berkabung yang telah ditetapkan. Jika anda ingin menyertai majlis ini dan ingin mengetahuinya lebih lanjut lagi, anda boleh membuat pertanyaan di Istana Maziah ditalian 09 6203063.

Al-Fatihah Kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah. Semuga Roh Almarhumah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beramal Soleh. AMIN

No comments: