Tuesday, March 29, 2011

Queen Elizabeth II Anugerah CBE Kepada Tony Fernandes

31.03.2011, Khamis - Hari ini HM Queen Elizabeth II telah berbesar hati menganugerahkan darjah kebesaran "Commander of the Order of the British Empire" atau CBE kepada Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes. Penghargaan ini adalah atas khidmat Datuk Seri Tony mempromosikan hubungan komersil dan pendidikan antara Britain dan Malaysia.

Penghargaan ini bukanlah merupakan penghargaan kali pertama dari negara luar kepada Datuk Seri Tony. Sebelum ini pada 2010, beliau pernah menerima anugerah "Officier of the Legion d'Honneur" yang merupakan anugerah tertinggi bagi warga bukan perancis dari kerajaan Perancis kerana sumbangan beliau terhadap industri penerbangan. baru-baru ini beliau telah dinobatkan sebagai "Asia Businessman of the Year 2010' oleh Majlah Forbes. Disampig itu beliau juga menerima beberapa anugerah lain dari badan swasta dan media organisasi kerana pendekatan inovatifnya dalam bidang perniagaan.

Syabas diucapkan kepada Datuk Seri Tony Fernandos yang menerima pengiktirafan dari baginda Queen Elizabeth II. Teringat Syah semasa satu majlis anjuran TM, Syah dan Rohizad (rakan setugas di TM) menghantar cenderahati TM kepada beliau ke keretannya dan dia ucapka terima kasih dan beri kami cap Air Asia seorang satu dan pakaikan dikepala kami. Bangganya waktu tu sebab dapat cap tu dari tangan CEO Air Asia sendiri.

No comments: