Monday, March 7, 2011

Ragam Manusia Dalam Komuter

Individu dalam bulatan kuning adalah Uncle yang Syah beri tempat duduk Syah.

07.03.2011, Isnin – Pagi nie Syah naik komuter jam 07 :15hrs. Bila train sampai saja, terus bergesas ambil tempat duduk. Tiba-tiba ada seorang tua/uncle (berbangsa melayu) berdiri berhampiran penumpang wanita dan tak ada seorangpun yang bangun bagi dia duduk. Kemudian dia ketempat Syah dan minta kami beri ruangan sedikit untuk dia duduk. Mana muat nak duduk macam tu, lalu Syah bangun dan bagi dia duduk dan Syah berdiri. Dia ucapkan terima kasih dan masa nak bangun Syah terpijak kaki wanita sebelah Syah dan Syah minta maaf dan dia senyum pandang Syah.

Nak bagi tips nie, Bila berdiri dalam komuter, pastikan tidak berada didepan bahagian pintu masuk kerana memang masalah besar nanti kerana anda akan tersepit dan bertolak-tolah kerana masing-masing hendak masuk walaupun train penuh. Ada seorang wanita pekerja KTM coz dia pakai uniform menjerit dengan kuat “Train sudah penuh dan naik tren belakang Lah” orang sebelah Syah complain garangnya perempuan tu. Dalam masa yang sama ada seorang lelaki menjawap “ Cuba awak kat luar nie, awakpun mesti nak masuk juga, Orang lainpun hendak juga cepat pergi kerja dan kemudia terkeluar perkataan “Puki Mak Betul” dari mulut lelaki berkenaan.

Itulah salah satu daripada gelagat manusia yang menaiki komuter/train dipagi hari. Memang bergaduh dan macam-macam kita boleh dengar. Nak salahkan mereka tak boleh juga sebab KTM tu sendiri kadangkala schedulenya tak on time dan bila masa lari, orangpun bertambah ramai. Seperkara lagi dah berzaman komuter nie beroperasi tetapi tak nampak ada inisiatif untuk mereka menambah jumlah gerabak supaya perjalanan menjadi lancar. Sekarang ada ETS train (train laju) dan ini juga mengundang masalah kerana penumpang lain tak dibenarkan naik seperti perkhidmatan Shuttle KL-Ipoh mengakibatkan jadual perjalanan bertukar dan penumpang bertambah dan menyumbang kepada masalah kesesakan dalam komuter yang kami hadapi sekarang nie.

Kepada KTM minta-mintalah selesaikan masalah ini secepat mungkin dan berbuat sesuatu. Cuba benchmark LRT Putra yang menambah gerabak dari dua kepada empat walaupun melibatkan sebahagian gerabak sahaja dan iannya sedikit sebanyak boleh mengatasi masalah kesesakan terutamanya diwaktu puncak. Renung-renungkanlah yer ................

No comments: