Tuesday, March 29, 2011

Raja Kecil Besar Perak Hadiri Perlawanan Bolasepak Piala Amal Menteri Besar Perak dan Dato' Malek Noor Dimasukkan ke ICU

YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan menyampaikan Piala Amal Menteri Besar kepada Datuk Ghani Mihat sebagai wakil pasukan Bolesepak Veteran Kebangsaan. Turut serta adalah YAB Menteri Besar Perak. -Gambar dari Bernama.


31.03.2011, Khamis - Malam tadi YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dat0' Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah telah berkenan menghadiri perlawanan bolasepak Piala Amal Menteri Besar di Stadium Perak, Ipoh. YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan merupakan pewaris keempat kesultanan Perak dan merupakan menantu kepada KDYMM Sultan Kedah. YTM berkahwin dengan YTM Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim (anak angkat Sultan Kedah).

Perlawanan amal pada malam tadi adalah diantara Pasukan Vetran Menteri Besar Perak dengan Pasukan Bolasepak Vetran Kebangsaan dimana Perlawanan berkesudahan dengan Vetran Kebangsaan menang 1-0 dihadapan lebih kurang 1000 orang penonton. pasukan Vetran Menteri Besar Perak dianggotai antarannya oleh Azizul Abu Hanifa, Ramli Talib, A. Elangovan, Rofandi Yusuf, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng dan P. Umaparam. Pasukan Vetran Kebangsaan yang terdiri daripada bekas pemain kebangsaan era 60an hingga 90an terdiri daripada K.Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukur Salleh, dan Bakri Ibni.

Sebanyak RM10.000.00 telah berjaya dikumpul malam tadi untuk mengisi dana Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Turut hadir dalam perlawanan ini adalah Menteri Besar Perak Dato' Seri Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Zainol Padzi Paharudin. YAB Menteri Besar juga turut beraksi menunjukkan skill beliau dalam perlawanan ini.

Terdapat insiden yang tidak diingini berlaku dalam perlawanan amal ini dimana bekas jaguh bina badan Negara/Asia, Dato' Malik Noor yang berada di posisi penjaga gol bagi pasukan Bolasepak Vetran Kebangsaan tiba-tiba bersandar ditiang gol kerana mengadu sesak nafas. Pada mulanya Dato' Malik Noor dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun tetapi kemudiannya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh. Sumber dari Hospital Pantai Ipoh memaklumkan bahawa Dato' Malek Noor berada dalam keadaan stabil. Bersama-samalah kita doakan agar Dato' Malek Noor dilindungi Allah dan sembuh sepenuhnya daripada sebarang penyakit. AMIN.

No comments: