Saturday, March 19, 2011

Raja Muda Perlis Rasmikan Pusat Belian Padi Pertubuhan Peladang Kawasan A-1 Arau/Bernas

19.03.2011, Sabtu - Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah merasmikan Pusat Belian Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) A-1 Arau/Bernas malam tadi di Kampung Banat, Arau, Perlis. Pusat belian padi yang berharga lebih daripada RM400,000.00 itu siap sepenuhnya pada Februari lepas dan mengendalikan pembelian padi dikawasan sekitar bagi menampung keperluan petani. Ini merupakan satu-satunya pusat yang diusahakan oleh PPK di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Dalam titahnya Tuanku berharap agar industri hiliran dikawasan penanaman padi diperkasakan untuk mempertingkatkan taraf hidup petani. Industri seperti, ternakan ikan, burung, tanaman mempelam, sayur-sayuran dan kuih muih boleh dilaksanakan dalam merealisasikan program ini. Matlamat ini boleh dicapai melalui penyediaan pusat pemprosesan, pengumpulan dan penjualan produk hasil keluaran petani.

Tuanku juga mahukan agar pengurusan sawah dikawasan jelapang padi diuruskan secara berteknologi dan sistematik disamping menanamkan dalam diri masing-masing bahawa pertanian adalah satu pekerjaan yang mulia.

Dalam majlis ini juga, Tuanku yang merupakan Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah berkenaan menerima sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM 290,019.00 daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas). Zakat berkenaan diserahkan oleh Encik Abdul Rahman Nasri, Pengurus Besar Kanan Sektor Perniagaan Beras Tempatan.

No comments: