Tuesday, March 15, 2011

Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Terima Anugerah Tertinggi Pengakap

15.03.2011, Selasa – Tahniah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah kerana telah dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia. Dalam majlis yang sama, Baginda Raja Permaisuri Agong juga dimahsyurkan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat. Turut menerima anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) adalah Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Seri Najib juga diiistiharkan sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.

Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) merupakan anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia(PPM) yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Anugerah ini disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan yang diadakan di Istana Melawati, Putrajaya hari ini. Dalam majlis ini seramai 130 orang telah dikurniakan bintang dan pingat dalam pelbagai kategori seperti Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (kehormat), Pingat Perkhidmatan Gemilang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.

Bintang dan Pingat PPM dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selars dengan komitmen terhadap PPM. Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Pengakap Negara Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

No comments: