Thursday, March 24, 2011

Sultan Pahang Berkenaan Mencemar Duli Menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang di Istana Abu Bakar - Gambar diambil dari Bernama

24.03.2011, Khamis - Hari ini KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-80. Istiadat diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan Pahang. Salah seorang penerima anugerah pada hari ini adalah Mohd Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai M Nasir dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

No comments: