Wednesday, March 23, 2011

Sultan Pahang Bermain Dengan Kambing

Sultan Pahang dan kambing Putih Baginda - Gambar dari Bernama

23.03.2011, Rabu - DYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah bermain dengan kambing. Hehehehe................... lawak bunyinya tapi itulah kenyataannya semalam. Sebenarnya kambing putih itu merupakan cenderahati kepada Baginda sempena Majlis Perasmian Kompleks Asnaf Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) di Kuantan, Pahang pada 22.02.2011.

Pembangunan Kompleks Asnaf bernilai RM3.5 juta ini adalah untuk penempatan Asnaf secara tetap dan sementara untuk golongan Asnaf yang tiada tempat tinggal atau tidak berkemampuan, golongan mualaf dan mereka yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir atau seumpamanya. Selepas majlis perasmian, baginda telah sudi menyampaikan sumbangan kepada golongan Asnaf Daerah Kuantan dan melawat rumah-rumah yang disediakan dikompleks berkenaan disamping memeriksa sendiri kemudahan keperluan asas yang disediakan.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua MUIP Dato' Seri Abdul Wahid Wan Hassan.

No comments: