Saturday, March 26, 2011

Sultan Pahang Melawat Kemboja


26.03.2011, Sabtu - Semalam KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Istana Persahabatan, Phnom Penh. Baginda sebenarnya dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Kemboja bermula 24.03.2011. Perjumpaan selama satu jam itu lebih tertumpu kepada perkembangan bolasepak serantau disamping beberapa isu semasa.

KDYMM Sultan Pahang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Turut mengiringi baginda dalam lawatan ini adalah Timbalan Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Haji Mohd Hussein Datuk Pangiran Haji Mohd Tahir dan Setiausaha Agung FAM, Dato' Azzuddin Ahmad.

No comments: