Wednesday, April 27, 2011

Apakah Minyak Wangi Yang digunakan oleh Duchess of Cambridge Semasa Istiadat Perkahwinan

White Gardenia Petals opens with coconut. The floral trio - jasmine, lily of the valley and ylang-ylang form the heart, laid on the base of amber wood.

04.05.2011, Rabu - White Gardenia Petals by Illuminum adalah minyak wangi yang dikatakan digunakan oleh HRH Duchess of Cambridge, Catherine Elizabeth Middleton semasa Istiadat Perkahwinan beliau dengan HRH Duke of Cambridge pada 29.04.2011 di Westminister Abbey. Sebenarnya White Gardenia Petals baru dilancarkan pada tahun ini dan iannya didatangkan dalam botol 50 dan 100ml. Di London White Gardenia Petals 50ml boleh didapati dengan harga 70 pound di Harrods dan tak tahulah di Harrods Boutique di KLCC/KLIA atau dikaunter-kaunter minyak wangi Malaysia berapa harga pasarannya. Syah call Harrods Boutique KLCC dan mereka maklumkan tidak menjual minyak wangi dan mereka hanya menjual beg, teddy bear, biskut dan teh sahaja. Syah bukan peminat minyak wangi dan tak pasti samada brand ini ada di Malaysia atau tidak. Nantilah kalau rajin nak buat survey. Jenama ini diasaskan oleh bekas celebrity hairdresser Michael Boadi pada tahun 2007. Jurucakap Illuminum, Michael Donovan memaklumkan kepada BaseNotes.com bahawa beliau amat bangga kerana Duchess of Cambridge menggunakan minyak wangi dari jenama Illuminum di Istiadat Perkahwinan beliau.

No comments: