Sunday, April 17, 2011

Persediaan Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

28.04.2011, Khamis - Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton akan berlangsung esok 29.04.2011 di Westminister Abbey. Sekarang ini bandar London sedang sibuk dengan persiapan dan mengadakan raptai untuk memastikan majlis ini berjalan seperti yang dirancang. Jom kita ronda-ronda sebahagian aktiviti mereka. Kate Middleton kelihatan memendu kenderaan keluar dari kediaman keluargannya di Bucklebury menuju The Goring Hotel, London dimana beliau dan keluarga akan menginap sebelum Majlis Perkahwinan. Beliau ditemani oleh Pegawai Keselamatannya. Tak tahu bilakah lagi beliau akan kembali ke kawasan ini setelah bergelar Puteri Diraja nanti.

Persiapan terakhir Angkatan Tentera Udara Diraja Britain yang akan melakukan lintas hormat apabila Prince William dan Kate Middleton serta kerabat diraja Britain berada di beranda Buckingham Palace untuk melihat rakyat yang menunggu kemunculan mereka terutamannya Pasangan Penganti Diraja. Pedati khas yang akan membawa pasangan pengantin diraja dari Westminister Abbey ke Buckingham Palace selepas Majlis Perkahwinan sedang membuat raptai dihadapan Westminister Abbey dengan diringi oleh pasukan kawalan berkuda. Pasukan berkuda diraja dengan uniform lengkap mereka yang telah bersedia untuk menghadapi majlis perkahwinan diraja.
Kawalan keselamatan ketat dan kereta anti-bom dihadapan The Goring Hotel dimana Kate dan keluargannya akan menginap malam ini sempena Majlis Perkahwinan Diraja. Raptai yang diadakan dihadapan Istana Buckingham
Rolls-Royce Diraja yang akan membawa Kate Middleton dan Ayahandanya dari Goring Hotel ke Westminister Abbey sedang membuat latihan dijalanraya dari Goring-Westminister Abbey diikuti oleh polis pengiring.

Penyokong setia institusi beraja Britain sanggup berkampung dikawasan berhampiran Westminister Abbey untuk menyaksikan sendiri dari dekat majlis perkahwinan ini.

No comments: