Saturday, April 23, 2011

Mee Sua For Lunch dan Kuih Tak Ada Nama

02.05.2011, Isnin - Sekarang jam 15:20hrs. Untuk lunch hari ini Syah buat Mee Sua Sayur. Banyak juga Syah masak dan kenyang dan penuh rasanya perut Syah, nak muntahpun ada hehehehhe............. Cuaca panas pula petang ini tak tahulah kalau hujan sekejap lagi. Mulannya Syah hendak buat lempeng roti manis tapi tak jadi, So Syah buat bancuhan yang sama tapi kali ini beza sedikit. Syah pecahkan telur dan masukkan Soyabean instead of air dan masukkan tepung dan Syah blend bagi halus. Lepas tu Syah letak dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan roti wholemil dan kacau. Nak bakar tak ada oven. Mulannya hendak buat macam lempeng tapi Syah kukus sahaja lah. Kukus koboi dalam kuali jer dan masukkan bahan tadi dalam bekas plastik jer. Mulannya Syah masukkan lesung sebagai pelapik plastik tu tapi tinggi sangat lalu Syah letakkan jer plastik tu dalam kuali yang ada air. Dah masak tapi tak tahulah macam mana rasanya coz kenyang sekarang. Nantilah makan. Wangi baunya dan ada bau telur tapi cikit jer...hehehehhe......... Syah letak telur tadi coz ingat hendak buat macam lempeng tu letak telur tu tadi. Ini bukan puding roti tau. Syah pun tak tahu nak panggil apa. Hentam jer lah Labu .............. Layannnnnnnnnnnnnnn.

No comments: