Monday, April 11, 2011

Sultan Perak Menghadiri Pesta Panjut

Sultan Perak Beramah Mesra dengan Rakyat di Pesta Panjut - Gambar dari Bernama

20.04.2011, Rabu - Malam semalam (19.04.2011) DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Pesta Panjut yang diadakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda yang Ke-83 tahun. Pada malam ini Bandar Diraja Kuala Kangsar bergemelapan dengan cahaya daripada perarakan kereta berhias serta percikan bunga api sempena Pesta Panjut yang diadakan di tebing Sungai Perak. Pelbagai jenis rekabentuk, hiasan dan warna panjut menghiasi sepanjang Sungai Perak dimana masyarakat Kuala Kangsar khususnya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk melihat keunikan dan keindahan Pesta panjut ini disamping melihat sendiri dari dekat dan beramah mesra dengan Sultan yang mereka sayangi.

No comments: