Monday, May 23, 2011

Kajiselidik Mendapat Raja Sweden Patut Mengundurkan Diri Dari Tahta

HM King Carl XVI Gustaf bersama anak perempuan baginda yang merupakan pewaris tahta Sweden HRH Crown Princess Victoria.

23.05.2011, Isnin - Semenjak kebelakangan ini, banyak khabar angin dikeluarkan mengenai Raja Sweden yang dikatakan sebagai seorang kaki perempuan dan mempunyai hubungan terlarang itu mula tersebar luas di Sweden. Sehubungan dengan itu, kebanyakan rakyat Sweden berasa King Carl XVI Gustaf patut mengundur diri dan melepaskan tahta kerajaan kepada anaknya, Puteri Mahkota Victoria. Ini adalah hasil dari undian melalui kajiselidik yang dijalankan dan dilaporkan oleh Expressen daily pada hari Sabtu lepas.

59% rakyat Sweden mahukan raja mereka turun dari tahta dalam masa 10 tahun yang akan datang. Hanya 29% beranggapan bahawa baginda seharusnya memerintah sehingga ke akhir hayat baginda. Dalam undian yang dilakukan melalui internet pada Jumaat lepas melaporkan bahawa 73% menaruh kepercayaan kepada Crowm Princess Victoria dan 39% memperkatakan perkara yang sama terhadap King Gustaf.

32% undian menyatakan bahawa mereka kurang memberi kepercayaan kepada raja mereka berbanding hanya 9% sahaja yang tidak memberikan kepercayaan kepada Crown Princess Victoria. King Gustaf yang menyambut ulangtahun ke 65 baginda bulan lepas tidak menunjukkan sebarang tanda akan melepaskan tahta kepada anak perempuan baginda yang berusia 33 tahun itu. Umur persaraan di Sweden adalah 65 tahun.

No comments: